Itaewon – Hari 1

Masa aku bersiar-siar di bandar Itaewon, Seoul sebentar tadi (sekitar jam 9 malam) berlaku situasi di mana seorang polis meluru didepan aku menegur seorang makcik yang baru sahaja melintas jalan tanpa melalui ‘zebra crossing’ dan juga lampu isyarat. 
Kaw-kaw polis muda tu sekolahkan makcik yang berumur dalam lingkungan awal 50an itu dengan tegas sekali. Tertunduk-tunduk makcik tu meminta maaf di atas kesalahan tersebut. Yang seorang rakan setugas dia pula, sempat menjerit dengan nada marah kepada pemandu lori yang memandu laju di lorong perlahan. 
Bladihel, kalau kat Malaysia polis tegur macam tu aku dapat bayangkan persepsi masyarakat yang berbeza. Buat kerja salah, tak buat kerja pun salah. Bab tak buat kerja tu pun ada jugak sebenarnya. Tapi tak semualah.
Cuma banyak lebih kat cari silap polis la, agaknya habis dibabikan polis Malaysia.
Kahkahkahkahkhah

9 malam

6 Disember 2016

Itaewon.
#itaewon #bercutidiKoreaselatan #koreaselatan #seoul #polis #malaysia #polisKoreaSelatan #polisMalaysia 

Advertisements

Spaghetti Bolognese Bukannya Mee Bandung

Please kalau nak berniaga jangan kencing masyarakat dengan propaganda murahan.
Bersikaplah ‘memberi ilmu’; bukannya ‘membodohkan’.
Educate yourself as well; so you can educate your customers with the right products & services.
Ye aku tak pernah berniaga, so apa aku tahu kan? So orang yang biasa berniaga mereka serba tahu kah?
Ye aku pernah bekerja customer service di foodservice industry jadi aku dilatih supaya educate customer tentang produk kami. In order to retain our customers we have to be honest ‘serba-serbi’ dan ‘educate’ mereka.
Kalau dapat customer bodoh pasal produk kita, kita dedahkanlah mereka dengan produk yang betul. Bukan sekadar nama produk gah semata-mata tapi kencing merata-rata. 
Katakan aku jual burger, produk kami jual grilled patty; memang betul kami panggang patty atas api. Bukannya goreng atas hot pan! Katakanlah customer main petik kata donat kami dibakar, kami betulkan dia yang donat kami digoreng!
Kalau kami jual spaghetti bolognese, kami jual spaghetti bolognese lah; sos dagingnya harus rasa daging asli dan pekat!! Bukannya spaghetti kembang (tak al-dante) serta banjir macam mee bandung dan rasa tomato puree semata-mata!
Kalau aku kata aku jual espresso , aku jual espresso lah; bukannya kopi o pekat bancuh guna serbuk segera!!
If aku kata aku jual ‘nasi ayam’ aku jual nasi ayam lah, bukannya nasi yang ayamnya resipi goreng berempah!!
Nampak simple dan remeh tapi hakikat mendidik masyarakat tu penting. Wording tu je dah memang penting utk ‘first impression’.
Ye aku lebih berat sebelah dalam soal pemakanan; sebab itu passion aku. Ambilah idea aku ni dari sudut positif. Sok lusa masing2 jugak akan senang. 
Sekian.
*al-dente = firm to bite atau masih kental ketika digigit. Tidak lembik, tidak keras, tidak kembang. ‘Sedang elok’ bai…
#berniaga #ilmu #educate #foodservice #industry #malaysia #melayu #makanan #jujur #kencing #pemasaranmembunuhkeaslian

‘Yes man’ & ‘Jangan!’

Kadangkala aku tgk anak2 murid ‘business guru’ di fb ni mcm ‘yes man’ je. Semua benda guru cakap di fb murid dia sokong sokmo.Jarang menimbulkan persoalan kritis.
Kalau orang biasa tanya jawapan yang pasti diberi oleh murid/pengikut mereka pasti ‘memenangkan’ guru-guru sebegini.
Maaf, aku sekadar mencari jawapan untuk persoalan di minda.
Malahan ada seorang business guru ni kenalan orang tua aku. Hebat guru ni dalam pelbagai bisnes; memang diakui sendiri oleh orang tua aku dan dikagumi ‘bukan’ sekadar sembang di dewan besar (mcm brader tu) semata-mata.
Tak de niat nak merendah-rendahkan kemampuan masing-masing.
Aku cuma bercakap berkenaan rasionalisme manusia biasa yang semestinya BUKAN NABI.

Persoalan aku adalah kenapa korang macam ‘yes man’?
Soalan kedua, kenapa anda suka menggunakan perkataan ‘jangan’? How come someone yang successfull boleh berkata ‘jangan’ kepada ‘beginners & starters’? Adakah ia salah satu dari ‘Marketing strategy’ untuk seminar-seminar anda? 
Kalau semua benda ‘jangan’ – nak ikut cakap kau dalam masa yang sama kau ligat expand business kau dan kau tarik semua jadi intraprenuer bawah company kau sampai tumbuh melata seluruh negara, alamat mereput la rakyat Malaysia tak boleh nk gung-ho macam korang!!

#yesman #jangan #melayu #bisnes #gurubisnes

Berjaya? Tak berjaya?

Apabila timbul soal kejayaan dalam hidup, ada yang berani berkata bahawa ilmu akademik itu tidak boleh menjadi bahan pengukur, kerana kejayaan mereka yang ‘street smart’ pun berkaliber dan menimba ilmu berdasarkan pengalaman jatuh bangun dalam bidang yang diceburi. Tapi bila timbul isu politik ramai pula yang berani berkata mereka yang kurang memiliki kelayakan ilmu akademik tidak layak menjadi pemimpin.
What The Heck. 
Orang Malaysia hanya nak dengar dan bercakap apa sahaja yang sedap di dalam hati dan otak tanpa ada penghadaman data-data yang tepat, kemas dan berasas. Ia tidak jauh bezanya apabila kita berbincang soal Chicken Chop, Melayu kalau bikin memang serupa ikut sedap anak tekak lah. Bubuh mayonis cap ayam dgn sos keju banjir sampai tenggelam sos lada hitam tuh.

Aku tak kata mana-mana pihak salah. Namun inilah resmi kita rakyat Malaysia. Hakikat.

#politik #streetsmart #booksmart #universityoflife #ilmuakademik #chickenchop #